1. PERSEDIAAN AWAL
Pastikan pengantin dan photographer sudah jelas dengan aturcara majlis. Ini penting terutama apabila sesuatu majlis melibatkan persembahan seperti silat, tarian dan sebagainya. Dengan cara ini, photographer dapat bersedia dari segi teknikal dan shooting angle.

2. KERJASAMA ANTARA PHOTOGRAPHER / VIDEOGRAPHER
Pengantin perlu memberitahu photographer jika pengantin ada hire lebih daripada satu photographer. Hal ini sama juga jika ada videographer. Setiap photographer dan videographer selalunya mempunyai style dan cara kerja yang berbeza. Adalah baik jika pengantin terus menyenaraikan nama photographer/videographer yang terlibat. Pada hari majlis, photographer dan videographer perlu bekerjasama, supaya win-win situation dapat berlaku. Semoga semua dapat memberikan hasil yang terbaik kepada pengantin mereka.

3. KERJASAMA DARIPADA FAMILI DAN KENALAN
Majlis kenduri yang diadakan juga bertujuan meraikan famili dan semua tetamu yang datang. Mereka juga mahu bergambar bersama pengantin menggunakan kamera sendiri. Namun kadang-kadang keadaan ini boleh jadi mengganggu sedikit tugas photographer rasmi untuk merakam seberapa banyak gambar semasa majlis. Ada 2 penyelesaian iaitu tetamu memberi keutamaan kepada photographer bertugas, atau tetamu terus meminta photographer mengambil gambar anda bersama pengantin. Photographer sebenarnya boleh emel@whatsapp gambar anda selepas majlis.

4. POSITIF SEPANJANG MAJLIS
Pengantin mungkin penat ketika majlis. Namun pengantin dinasihatkan mempunyai lebih eye contact dengan pasangan dan para tetamu yang datang. Dengan kata lain, pengantin tidak selalu tunduk memandang ke bawah sepanjang masa. Ini penting terutama ketika acara penting seperti berarak ke pelamin, semasa bersanding, makan beradab dan bersalaman dengan keluarga. Saat-saat itu adalah moment penting yang akan diberi tumpuan oleh photographer.

5. JAGA DAN TEPATI MASA
Aturcara majlis dibuat untuk membahagikan masa bagi sesi-sesi tertentu seperti persiapan pengantin, ketibaan pengantin, bergambar di pelamin dan sebagainya. Pengurusan masa adalah penting agar photographer tidak tergesa-gesa dalam menjalankan tugas. Keadaan kelam-kabut akan mempengaruhi reaksi pengantin dan kualiti gambar. Ramai tetamu yang hadir adalah mereka yang sudah lama kita tak jumpa, dan kesempatan di majlis boleh digunakan untuk bertanya khabar. Namun adalah lebih baik untuk tidak berlengah dalam sesuatu aturcara majlis.

6. SESI OUTDOOR PADA HARI YANG SAMA
Antara kebaikan sesi outdoor pada hari yang sama ialah jimat belanja dan jimat masa. Oleh itu, pastikan tempat pilihan anda tidak terlalu jauh dari lokasi majlis. Ini penting bagi memastikan apa yang dirancang oleh photographer dapat dilaksanakan pada masa yang ditetapkan. Waktu terbaik outdoor ialah antara jam 4-6, iaitu matahari tak terlalu terik, tak terlalu panas, dan tidak pula terlalu suram. Lokasi majlis yang dekat juga mengelakkan pengantin dan photographer penat dan letih.

Zulhisyam Rozali
Photographer
Photographer